Prospek ekonomi Malaysia dijangka terus pulih: MIDF Research

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Walaupun terdapat kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan pada awal tahun 2021, prospek ekonomi Malaysia secara meluas dijangka terus pulih seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan Indeks Pelopor (LI) baru-baru ini, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research (MIDF Research).

-Advertisement-

Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) pada Rabu menunjukkan bahawa LI negara meningkat pada kadar yang lebih cepat iaitu 8.2 peratus tahun ke tahun pada Januari 2021 daripada 7.6 peratus tahun ke tahun pada Disember 2020, sekali gus menyatakan bahawa  prospek ekonomi jangka pendek Malaysia tetap stabil.

“Pembacaan LI untuk bulan Januari adalah yang tertinggi sejak September 2020, dan ini disokong oleh kenaikan Indeks Perindustrian Bursa Malaysia yang konsisten, terutama indeks penjagaan kesihatan, pengangkutan dan logistik,” kata MIDF Research dalam catatan hari ini.

-Advertisement-

Firma penyelidikan itu menambah pelonggaran perintah kawalan pergerakan, pemberian vaksinasi COVID-19 yang sedang berlangsung serta rangsangan fiskal tambahan turut meningkatkan harapan untuk pemulihan ekonomi selanjutnya.

“Namun, kebimbangan masih ada, terutama melibatkan situasi sekitar pandemik COVID-19 kerana potensi gelombang jangkitan baharu boleh mempengaruhi pemulihan ekonomi,” katanya. -BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427