Projek pembinaan pangsapuri B40 Labuan akan disiapkan ikut jadual

Estimate Reading Time: < 1 minute

LABUAN, 3 Sept – Walaupun berdepan dengan kekangan akibat penularan pandemik COVID-19, pemaju projek pangsapuri bernilai RM101.6 juta di sini bertekad akan tetap bekerja keras untuk menyiapkan projek berkenaan mengikut jadual bagi membolehkan golongan B40 memiliki kediaman mereka.

-Advertisement-

Pengurus projek RD Resources Sdn Bhd Norsalmiza Mohammad berkata ketika ini jadual pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Batu Arang, Tanjung Aru itu berdepan dengan dua peratus kelewatan disebabkan kekurangan pekerja mahir.

“Kebanyakkan tenaga kerja mahir warga asing pulang ke negara asal masing-masing semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 awal tahun ini,” katanya ketika memberi taklimat kepada Senator Datuk Bashir Alias di tapak projek itu semalam

“Operasi kami tidak berjalan dengan lancar ketika ini, tetapi kami akan berusaha untuk menyiapkan projek ini mengikut jadual,” katanya.

-Advertisement-

Dua blok pangsapuri 13 tingkat itu memuatkan 500 unit rumah dengan setiap unit rumah berukuran 700.19 kaki dan mempunyai tiga bilik, dan menurutnya pembinaan pangsapuri itu telah bermula pada Januari 2018 dan dijadualkan siap pada April 2021.

Sementara itu Bashir berkata lima unit pangsapuri itu akan dikhaskan untuk orang kurang upaya, dan permohonan untuk unit pangsapuri berkenaan dibuka sehingga Disember.

-BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427