Presiden Tunisia muncul wira kaligrafi negara

Estimate Reading Time: 2 minutes

TUNIS: Presiden Tunisia mencipta kejutan apabila muncul sebagai wira kaligrafi Arab di negaranya, sekali gus mengukir cahaya untuk tradisi artistik itu, di saat negara Arab melobi bagi mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

-Advertisement-

Presiden Kais Saied meraih kekaguman dan kritikan di media sosial, apabila imej surat rasmi presiden bertulis tangan tersebar, tidak lama selepas beliau mengambil alih pemerintahan Oktober tahun lalu.

Memiliki kelayakan ahli akademik dengan minat mendalam terhadap seni itu, Kais menimba ilmu daripada penulis kaligrafi terkenal Tunisia, Omar Jomni.

Bagi membuktikan surat berkenaan dikarang sendiri, beliau menyiarkan rakaman video yang memperlihatkan presiden terbabit menulis di dalam buku tetamu.

“Presiden menulis surat rasmi menggunakan skrip maghrebi dan surat peribadi dalam bentuk diwani,” kata Omar, merujuk kepada dua bentuk kaligrafi Arab.

-Advertisement-

Skrip Magherebi ialah kaligrafi Kufik cara lama, manakala diwani lebih menumpukan kepada sentuhan Uthmaniyah, yang popular dalam penulisan puisi.

Pengiktirafan diberikan presiden terhadap dunia kaligrafi menggembirakan golongan artis seni itu, kata Omar yang menganggap ia sebagai harapan untuk melihat masa depan lebih cerah, selepas sekian lama terpinggir.

Dunia kaligrafi di Tunisia tidak segah seperti negara Arab lain, seperti di Teluk, malah Pusat Kesenian Kaligrafi Nasional yang ditubuhkan pada 1994 berdepan risiko untuk ditutup.

Penulis kaligrafi terkenal Tunisia, Omar Jomni menunjukkan hasil kerja seni di rumahnya di bandar Hamman-Lif. Presiden Tunisia, Kais Saied menimba ilmu daripada Omar sehingga mencipta kejutan apabila muncul sebagai wira kaligrafi Arab di negaranya. - Foto AFP
Penulis kaligrafi terkenal Tunisia, Omar Jomni menunjukkan hasil kerja seni di rumahnya di bandar Hamman-Lif. Presiden Tunisia, Kais Saied menimba ilmu daripada Omar sehingga mencipta kejutan apabila muncul sebagai wira kaligrafi Arab di negaranya. – Foto AFP

Ketua institut berkenaan, Abdel Jaoued Lotfi, berkata ia berisiko untuk ditutup susulan kekurangan tenaga pengajar. – AFP


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427