BANDAR SERI BEGAWAN: Waktu operasi di pos sempadan darat antara Brunei dan Malaysia akan dilanjutkan dari 10 malam hingga tengah malam bermula Selasa hingga 6 April sempena sambutan Aidilfitri, menurut Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan Brunei, lapor Xinhua.
Lanjutan waktu operasi itu melibatkan Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan, Pos Kawalan Sementara Labu, Pos Kawalan Imigresen Sementara Kuala Lurah dan Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh.
Waktu operasi biasa bagi pos kawalan itu adalah dari 6 pagi hingga 10 malam.
Lintasan sempadan sering mencatatkan peningkatan jumlah pengembara, khususnya pada musim perayaan apabila keluarga di Brunei, Sabah dan Sarawak saling berkunjung.
– BERNAMA
-XINHUA
-BeritaHarian