KUALA LUMPUR: Polis menahan dua wanita tempatan disyaki terbabit dalam kegiatan menipu wang sumbangan untuk rumah anak yatim yang tidak wujud dengan kerugian dianggarkan RM500,000 dalam dua serbuan berasingan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata kedua-dua suspek, masing-masing berusia 34 dan 24 tahun itu ditahan di Kajang, Selangor dan Tanah Merah, Kelantan.