Polis siasat kes 3 kucing dibunuh dengan kejam

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian tiga kucing yang dibunuh dengan kejam di tangga kediaman sebuah universiti swasta, di Jalan Genting Klang, di sini, pada 17 November lalu.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kertas siasatan dibuka sejurus laporan dibuat berhubung kes berkenaan.

“Setakat ini, Polis Daerah Wangsa Maju, mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kes khianat terhadap tiga kucing.

“Haiwan berkenaan ditemui mati berlumuran darah di bahagian kepala di tangga sebuah kediaman pelajar di Jalan Genting Klang, Setapak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-Advertisement-

Mohamad Lazim berkata, kejadian disedari selepas pengawal keselamatan dimaklumkan penemuan kucing ini oleh pelajar yang mendiami kediaman berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan atas kesalahan menganiaya dan khianat terhadap haiwan.

“Pada masa ini siasatan masih dijalankan,” katanya.

Terdahulu tular dalam laman sosial menunjukkan tiga bangkai kucing dengan kesan pendarahan di kepala selepas dipercayai dibunuh sebelum ditemui pada 18 November lalu.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427