Polis Pulau Pinang kenal pasti lokasi panas PRN, kongsi gelap

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGETOWN: Permatang Pasir di Permatang Pauh dan Bayan Lepas, di sini, menjadi antara dua kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi panas Pilihan Raya Negeri (PRN).

-Advertisement-

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, berkata pihaknya mengadakan pemantauan di kawasan lain bagi memastikan proses sepanjang PRN berlangsung dengan baik.

“Menerusi Op Cantas juga kita kenal pasti kawasan yang membabitkan kongsi gelap yang dibimbangi boleh mempengaruhi dan mengganggu perjalanan PRN.

“Kita juga sudah kenal pasti ‘bad character’ di kawasan pilihan raya, selain memantau badan bukan kerajaan (NGO) menerusi media sosial yang dipercayai berselindung ‘di belakang’ kongsi gelap, membantu kempen atau menimbulkan kegusaran awam.

-Advertisement-

“Kita sudah kenal pasti siapa yang terbabit, aktif atau tidak dan berapa jumlah kongsi gelap di Pulau Pinang, semuanya kita sudah ada senarai, malah kita akan pastikan mereka tidak jadi orang tengah serta mengganggu proses PRN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Kok Chin berkata, seramai 6,776 pegawai dan anggota polis Pulau Pinang terbabit penugasan sepanjang PRN di negeri ini.

Selain itu terdapat penambahan seramai 633 pegawai dan anggota dari Bukit Aman dan negeri yang tidak terbabit dengan PRN.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427