Polis Penampang lupus 60 senjata api tak dituntut pemilik berdaftar

Estimate Reading Time: < 1 minute

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang melupuskan 60 laras senjata api yang tidak dituntut pemilik berdaftar.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris Ibrahim berkata, ia terdiri daripada 54 laras senapang patah, empat laras rifel, sepucuk “spare gun” dan sepucuk revolver.

“Semua senjata limpahan ini adalah milik orang awam yang disimpan di dalam stor senjata IPD Penampang.

“IPD Penampang merekodkan keseluruhan 120 senjata api yang disimpan di dalam stor, malah ada antara senjata api ini tidak dituntut sejak 2005.

“Mengikut Seksyen 27(2) Akta Senjata 1950, polis mempunyai hak untuk melupuskan senjata tumpangan yang tidak dituntut dalam tempoh enam bulan,” katanya dalam sidang media.

-Advertisement-

Beliau berkata, notis tuntutan awal sudah diserahkan menerusi dialog bersama pemilik senjata pada Mac lalu supaya tindakan dapat diambil dalam tempoh tiga bulan.

Katanya, ia membabitkan proses pindah milik bagi waris menuntut senjata api itu, malangnya tiada tindakan diambil pemilik.

“Secara keseluruhan, ramai yang tidak menuntut senjata dipercayai disebabkan mereka sudah tidak berminat untuk memiliki senjata api itu.

“Kebanyakan pemilik senjata api ini daripada syarikat keselamatan dan juga pemilik lesen individu atau persendirian yang tidak berminat menyimpan senjata ini.” -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427