Polis cari ‘Datuk’ terbabit kes pukul

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai bergelar ‘Datuk’ disyaki memukul seorang lelaki di sebuah restoran di Persiaran Tropicana, Petaling Jaya, baru-baru ini.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata mengikut laporan awal, mangsa berusia 31 tahun itu dikatakan dipukul oleh suspek yang berang akibat ditegur kerana membuat bising.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323, 503 dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

-Advertisement-

Sebelum ini, satu klip video berdurasi 29 saat tular di media sosial, memaparkan suspek memukul seorang lelaki di restoran berkenaan.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427