PM ingatkan menteri, jangan ‘tinggalkan’ peserta Felo Perdana

Estimate Reading Time: 2 minutes

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan para menteri memberikan bimbingan sewajarnya kepada peserta Felo Perdana di bawah mereka dan memberikan pendedahan sebenar dunia kerjaya.

-Advertisement-

Perdana Menteri berkata, ini kerana ada dalam kalangan kumpulan program Felo Perdana terdahulu tidak dilibatkan dalam pentadbiran kerja di pejabat, malah, tidak pernah dibawa balik ke kawasan Parlimen masing-masing bagi pendedahan gerak kerja politik.

“Ada dalam kalangan dulu-dulu, mereka tinggalkan felo mereka, tidak libatkan pentadbiran di pejabat sama ada melalui SUSK (setiausahsa sulit kanan) dan sebagainya, mereka tinggalkan begitu sahaja.

“Ada yang tidak pernah bawa balik ke kawasan, ada yang complaint dibiarkan sahaja, jadi jangka masa tiga bulan yang sepatutnya diberi pendedahan, tidak dilakukan dan akhirnya mereka keluar tak dapat menimba ilmu apa-apa,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Felo Perdana Tahun 2021, di sini hari ini.

Justeru, Ismail Sabri mahu semua Menteri yang terlibat memberi pendedahan sebenar kepada peserta Felo Perdana seterusnya membantu mereka berjaya dalam karier masing-masing.

-Advertisement-

Beliau berkata, objektif sebenar program ini adalah memberikan pendedahan kepada anak-anak muda dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta supaya dapat memahami, mempelajari dan merasai pengalaman sendiri tentang bagaimana setiap kementerian ditadbirkan.

Selain pendedahan situasi pentadbiran di pejabat, kata Perdana Menteri, ini termasuk membawa felo mereka pulang ke kawasan untuk memahami secara dekat bagaimana penglibatan menteri sebagai mentor mereka dalam politik serta membawa ke Parlimen untuk melihat sendiri perbahasan di Dewan Rakyat.

Kata beliau, langkah itu mampu memberi pengalaman, pembelajaran dan ilmu berguna kepada felo dan selepas tamat pengajian, ramai akhirnya menjadi pegawai berjaya sama ada dalam sektor awam atau swasta.

“Ada juga terlibat politik. saya tahu felo YB Nancy (Datuk Seri Nancy Syukri), terlibat dalam politik, saya tidak tahu berjaya atau tidak, maknanya hasil pendedahan program felo ini sebahagian berjaya politik dan akhirnya ada yang jadi menteri.

“Dari segi kerjaya lain saya percaya ramai berjaya. Kepada felo yang akan diambil nanti yang menjadi felo kita berilah pendedahan sebenar dan saya doakan program ini berjaya dan felo hari ini berjaya dalam karier,” katanya. -UTUSAN ONLINE


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427