Pinda Seksyen 15 Akta Dadah Demi Masa Depan Belia – KP MIC Jempol

Estimate Reading Time: < 1 minute

JEMPOL, 1 July 2020 (The Capital Post) – Saudara Navinthran Govindasamy, Ketua Pemuda MIC Jempol yang juga Ketua Penerangan Pemuda MIC Negeri Sembilan hari ini mempersoalkan keberkesanan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya kerana bilangan kes pengedaran dan penyalahgunaan dadah masih berleluasa.

-Advertisement-

“Sejak dari dahulu sehinggalah sekarang, penyalahgunaan dadah semakin meningkat dan membolosi segenap lapisan masyarakat, daripada generasi muda sehinggalah yang telah berusia. Persoalannya, mengapakah penyalahgunaan dadah tidak berjaya dibendung walaupun telah lama kita berhadapan dengan masalah yang sama? Adakah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya yang termaktub di dalam undang-undang kita gagal dikuatkuasakan sehingga menyebabkan permasalahan melibatkan penggunaan dadah semakin meruncing?” soal beliau dalam satu portal berita The Capital Post.

Tambah beliau pesalah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah harus dibantu agar mendapat rawatan pemulihan dan harus dipimpin agar boleh mengatasi ketagihan dadah dan mampu membina hidup sebagai ahli masyarakat semula.

-Advertisement-

“Jenayah mengedar dadah harus diperangi habis-habisan dan pesalah harus dihukum seberat-beratnya. Ini termasuklah semua pihak yang terlibat – orang dalam, orang luar, orang tengah, orang atas dan orang bawah. Sudah berbuih mulut kita melabelkan dadah sebagai musuh negara, kini tiba masanya kita benar-benar melayan pengedar dadah juga sebagai musuh negara.” tegas Ketua Penerangan Pemuda MIC Negeri Sembilan

Navinthran juga mengimbas peristiwa yang berlaku pada tahun 2018, dimana seorang pemuda berusia 17 tahun yang berjaya mencapai keputusan 7A di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di tahan oleh pihak berkuasa kerana ketagihan air ketum dan di hantar ke Penjara Marang bagi menjalani hukuman penjara.

“Walaupun pemuda tersebut bukanlah seorang penjenayah mahupun seorang pengedar dadah, namun terpaksa juga merengkok di penjara dan mengorbankan masa hadapan. Hanya dengan ketegasan system perundangan dapat memastikan belia bebas dari gelaja dadah” ujur beliau – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427