KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan sambutan Tahun Baharu Tamil dan Hari Vaisakhi 2023 kepada seluruh masyarakat Tamil dan Sikh.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berharap tahun ini akan terus membawa kegembiraan kepada mereka yang meraikannya dan terus mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain.
“Semoga tahun ini membawa kegembiraan kepada semua dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan yang terjalin sentiasa utuh dalam kebahagiaan.
“Saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus memperteguh dan memperkukuhkan kerukunan dan sikap hormat menghormati di negara ini,” katanya.
Tahun Baharu Tamil adalah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil, manakala Vaisakhi menandakan musim menuai berdasarkan kalendar masyarakat Sikh dan Punjabi. – Berita Harian