KUALA LUMPUR: Media tempatan serta antarabangsa mula berkumpul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini, bagi membuat liputan perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang berdepan 47 pertuduhan membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi.
Selain itu, turut dijangka bermula hari ini perbicaraan ketiga pertuduhan jenayah yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi.
Najib berdepan pertuduhan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama-sama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Keadaan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta tenang, dengan beberapa individu dipercayai penyokong kedua-dua pemimpin itu hadir bagi memberikan sokongan.-Bharian