PARIS: Perancis akan mula memindahkan warganya dari Niger, Afrika hari ini, susulan rampasan kuasa di sana minggu lalu yang menggulingkan pemimpin pro-Barat negara itu.
Kementerian Luar Negeri berkata, keputusan itu didorong oleh serangan ke atas kedutaan Perancis di Niamey dan penutupan ruang udara Niger yang menyebabkan pelepasan sukar dilakukan.
Perancis sebelum ini berkata, ia sedang menyediakan pemindahan `dalam menghadapi keadaan keselamatan yang semakin teruk di Niamey’ tetapi tidak memberikan jangka masa.
“Perancis turut menawarkan untuk memindahkan warga Eropah lain yang ingin pergi,” menurut kenyataan kementerian berkenaan.
Presiden Niger, Mohamed Bazoum ditahan oleh pengawal presidennya sendiri dalam rampasan kuasa ketiga dalam beberapa tahun di Sahel.
Bekas kuasa kolonial Perancis dan Amerika Syarikat turut mengerahkan 2,600 tentera di Niger untuk memerangi di antara mereka.
Tentera Niger semalam menuduh Perancis cuba `campur tangan secara ketenteraan’ untuk memulihkan Bazoum, tetapi dinafikan Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron turut berikrar tindakan `segera dan tanpa kompromi’ diambil jika rakyat atau kepentingan Perancis diserang, selepas beribu-ribu berhimpun di luar kedutaan Perancis di Niamey.
– AFP
– BH