Penumpang MyBas Klia2-Nilai Sentral pada 30 Sept diminta hubungi PKD Seremban

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN, 8 Okt– Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) meminta penumpang yang menaiki MyBas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (Klia2) menuju ke Nilai Sentral pada 30 Sept lepas, segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban.

-Advertisement-

Dalam hebahan menerusi akaun rasmi Facebook JKNNS hari ini, bas yang bernombor pendaftaran NDH 2259 didapati bertolak daripada platform B10 Klia2 pada jam 9 malam dan tiba di Nilai Sentral satu jam kemudian.

-Advertisement-

Penumpang bas berkenaan diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan COVID-19, PKD Seremban di talian 06-7634809 yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 4.30 petang, manakala Sabtu dan Ahad pada 8 pagi hingga 1 tengah hari. -BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427