KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meneruskan penghantaran pulang pelajar semalam selepas ditangguhkan berikutan sambutan Aidilfitri.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, berkata semalam, KPT telah menghantar pulang 287pelajar melalui satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.
“Hari ini, seramai 1,193 pelajar dijadualkan untuk dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.
Sebanyak tiga penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dijadualkan untuk membawa pulang 287 pelajar.
“Turut dijadualkan hari ini, satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu yang akan membawa pulang 166 pelajar dan satu penerbangan dari Kuching ke Kota Kinabalu yang akan membawa pulang 166 pelajar ke kampung halaman masing-masing,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai PKPB di Putrajaya, hari ini.
Ismail Sabri menjelaskan, seperti SOP yang telah ditetapkan, KPT telah memastikan semua pelajar yang terbabit dalam pergerakan pulang ke kampung halaman untuk menjalani ujian saringan sebelum diterbangkan pulang.
-BH