Penggodam Indonesia curi AS$60 juta dari program bantuan COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

SURABAYA: Surabaya: Dua penggodam Indonesia ditahan selepas terbabit dengan penipuan antarabangsa membabitkan wang bernilai AS$60 juta (RM247.62 juta) dicuri daripada program bantuan COVID-19 untuk warga Amerika Syarikat (AS) yang kehilangan pekerjaan.

-Advertisement-

Pihak berkuasa berkata, mesej dihantar ke 20 juta warga AS yang membawa mereka ke laman palsu kerajaan AS.

Ribuan mangsa mendedahkan maklumat peribadi mereka termasuk nombor keselamatan sosial. Laman berkenaan menawarkan bantuan AS$2,000 (RM8,254) kepada mereka yang hilang pekerjaan. Namun, data mereka digunakan oleh penipu untuk mencuri berjuta-juta dolar dari program ini.

-Advertisement-

“Kira-kira 30,000 warga AS ditipu dan kerugian kewangan kerajaan mencapai AS$60 juta (RMRM247.62 juta) ,” kata ketua polis Jawa Timur, Nico Afinta. Kedua-dua suspek ditangkap bulan lalu di kota kedua terbesar di Indonesia, Surabaya, selepas polis dimaklumkan oleh pihak berkuasa AS.

Polis Indonesia tidak menyatakan berapa lama penipuan itu dijalankan. Kedua-duanya boleh dipenjara hingga sembilan tahun di bawah undang-undang maklumat elektronik Indonesia. Polis menyatakan bahawa mereka sedang menyiasat kemungkinan pembabitan orang ketiga yang mungkin memperoleh dana secara haram.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427