Pengeluaran, stok minyak sawit Malaysia dijangka meningkat

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia bagi Julai 2022 dijangka berkembang sebanyak 2.8 peratus bulan ke bulan dan 4.3 peratus tahun ke tahun kepada 1.59 juta tan, kata CGS-CIMB Securities Sdn Bhd.

-Advertisement-

“Peningkatan pengeluaran MSM bulan ke bulan didorong oleh faktor bermusim,” katanya dalam nota penyelidikan

Oleh itu, stok minyak sawit Malaysia dianggarkan meningkat sebanyak 9.8 peratus bulan ke bulan kepada 1.82 juta tan pada akhir Julai 2022, terutamanya disebabkan oleh pengeluaran yang lebih tinggi.

Firma penyelidikan itu turut menganggarkan inventori minyak sawit Malaysia mungkin meningkat sebanyak 9.8 peratus bulan ke bulan dan 21.4 peratus tahun ke tahun kepada 1.82 juta tan pada akhir Julai 2022, paras tertinggi sejak Jun 2020, juga didorong oleh pengeluaran yang lebih tinggi.

-Advertisement-

“Anggaran kami sebanyak 1.82 juta tan untuk paras stok minyak sawit Julai adalah empat peratus di bawah purata sejarah 10 tahun bulan Julai sebanyak 1.89 juta tan,” katanya.

Sementara itu, eksport minyak sawit dijangka lebih tinggi sebanyak 3.6 peratus bulan ke bulan tetapi susut 12.2 peratus tahun ke tahun kepada 1.24 juta tan, berdasarkan statistik eksport oleh juruukur kargo Intertek (+0.8 peratus bulan ke bulan), SGS (+6 peratus bulan ke bulan) dan Amspec Malaysia (+4 peratus bulan ke bulan).

– BERNAMA -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427