Pengeluar terbesar getah dunia cabar dominasi industri sarung tangan Malaysia

Estimate Reading Time: 2 minutes

BANGKOK: Sebagai pembekal getah asli terbesar di dunia Thailand mempertingkatkan pengeluaran sarung tangan domestik ketika wabak Covid-19 membuatkan bekalan global terputus.

-Advertisement-

Kira-kira 80% getah Thailand secara tradisionalnya dieksport untuk pemprosesan lanjut dengan pembuat tayar biasanya menjadi pelanggan terbesar.

Namun, dengan situasi pandemik yang meningkatkan permintaan sarung tangan, Thailand dengan mudah dapat menggandakan pasaran sahamnya kepada 26% tahun depan, menurut Boon Vanasin, seorang taikun hospital yang kini membangunkan fasiliti sarung tangan dengan kemampuan pengeluaran 20 bilion unit.

Ketika firma di Malaysia bertindak cepat dalam menghasilkanan sarung tangan, yang selalunya menggunakan nitril, iaitu sebatian sintetik, Thailand lebih lambat mengambil tempat dalam pembuatan tempatan.

Kini penguasa getah milik negara itu sedang menggalakkan syarikat meningkatkan pengeluaran sarung tangan bagi memanfaatkan lambakan bekalan getah asli negara.

“Kami mahu menjadi pengeluar sarung tangan getah asli nombor 1 di dunia,” kata gabenor Lembaga Getah Nakorn Takkavirapat dalam satu temu bual.

“Ada banyak peluang untuk kami kerana pasaran sarung tangan Asia memiliki potensi pertumbuhan terbesar, dan kami menyediakan sebahagian besar getah asli kepada dunia.”

Thailand menghasilkan kira-kira 4.8 juta tan getah asli setiap tahun, mengatasi Indonesia, Vietnam dan Malaysia.

Pengerusi Thonburi Healthcare Group Pcl, Boon, menganggarkan permintaan sarung tangan global mencapai 400 bilion hingga 600 bilion keping setiap tahun dengan bekalan semasa hanya sekitar separuh daripadanya.

-Advertisement-

Manakala itu industri getah Thailand sudah mempertingkatkan kapasiti pengeluaran sarung tangan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Pembuat sarung tangan terbesar di negara itu, Sri Trang Gloves Pcl, merancang untuk menggandakan kapasitinya menjadi 70 bilion menjelang 2026.

Menjelang tahun 2032 pula, syarikat itu merancang untuk menghasilkan 100 bilion sarung tangan setiap tahun.

Ketika permintaan sarung tangan yang lebih tinggi dapat membantu mengatasi masalah lambakan getah asli, inisiatif Thailand antara lain adalah untuk meningkatkan penggunaan bahan buatan tempatan, termasuk membina penghadang jalan raya getah dan membuat kosmetik.

Cabaran bagi industri sarung tangan getah Thailand adalah untuk mendapatkan semula pasaran saham menerusi alternatif nitril yang tidak menyebabkan reaksi alahan seperti dibuat oleh sarung tangan getah semula jadi.

Sementara itu, Nakorn berkata tugas kerajaan adalah untuk merangka dasar bagi memantau pelaburan dan memberikan beberapa subsidi untuk perniagaan.

“Terdapat jurang besar antara permintaan dan penawaran,” kata Boon.

“Thailand mengeksport banyak getah asli untuk diproses di luar negara. Mengapa Thailand tidak boleh memproses getah dan membuat sarung tangan untuk eksport?”

-FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427