Penerbangan Domestik Malindo Bermula 27 April ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 24 April 2020 (The Capital Post) – Malindo Air akan mula membuka perkhidmatan penerbangan domestiknya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang bermula 27 April 2020 dengan satu penerbangan setiap hari ke setiap destinasi domestik selepas lebih sebulan menghentikan perkhidmatannya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020.

-Advertisement-

Tambang penerbangan domestik bermula dari RM199 sehala di Semenanjung Malaysia dari Subang ke Pulau Pinang; Langkawi; Alor Setar; Kota Bharu; Kuala Terengganu; dan Johor Baharu.

Bagi tambang dari KLIA ke Kuching adalah pada kelas ekonomi ialahRM299 sehala dan kelas perniagaan  RM499 sehala; Kelas ekonomi RM399 sehala dan kelas perniagaan RM699 sehala dari KLIA ke Kota Kinabalu; manakala tambang dari KLIA ke Pulau Pinang berharga RM159 sehala bagi kelas ekonomi dan kelas perniagaan RM399 sehala.

-Advertisement-

Malindo Air akan meneruskan penerbangan perkhidmatan pertamanya OD 1012 dari KLIA ke Kota Kinabalu dan dari penerbangan OD 1606 dari KLIA ke Kuching, dengan kedua-dua penerbangan akan berlepas serentak pada jam 07:15 pagi pada 27 April. Penerbangan ini dikendalikan untuk memenuhi permintaan dan memudahkan perjalanan pulang ke rumah terutamanya pelajar yang terkandas di kampus sejak PKP bermula. Semua penumpang diwajibkan memakai topeng muka sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

Namun, buat masa ini, semua penerbangan antarabangsa dari KLIA tetap dilarang. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427