Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the better-studio domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Pendaftaran automatik, 5.8 juta individu diminta semak » The Capital Post

Pendaftaran automatik, 5.8 juta individu diminta semak

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) meminta 5.8 juta bakal pemilih berusia 18 tahun dan ke atas untuk menyemak dan mengesahkan maklumat mereka kepada suruhanjaya berkenaan.

-Advertisement-

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata mereka boleh berbuat demikian mulai 1 hingga 31 Oktober ini melalui semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA).

SPR akan mempamerkan maklumat bagi sejumlah 5.8 juta bakal pemilih dan memberi peluang kepada mereka untuk menyemak dan mengesahkan rekod mereka dengan suruhanjaya ini.

“Urusan SPPA boleh dibuat melalui dua kaedah berikut iaitu membuat semakan menggunakan aplikasi MySPR SPPA di pautan https://mysprsppa.spr.gov.my.

-Advertisement-

“Atau mereka boleh hadir ke 604 tempat semakan SPPA di seluruh negara dan mengimbas kod QR Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Ikmalrudin berkata, dalam tempoh SPPA ini, mana-mana warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh menyemak, mengesahkan maklumat mereka dan membuat aduan dengan SPR sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

Katanya, sekiranya bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat yang dipaparkan, mereka dinasihatkan untuk mengemaskini alamat kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021.

“Untuk sebarang pertanyaan mengenai SPPA ini, orang ramai boleh hubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau layari portal www.spr.gov.my,” katanya. -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464