SHAH ALAM – Seorang pemimpin UMNO dari Semenanjung yang disyaki positif koronavirus (Covid-19) ketika berkempen di Sabah baru-baru ini sedang dikuarantin di salah sebuah hospital di Kota Kinabalu.
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata, pemimpin itu masih belum disahkan positif Covid-19.
“Saya mendapat maklumat tetapi belum ada pengesahan. Dia cuma disyaki dan belum disahkan positif.
“Belum positif dan sudah dikuarantin selama 14 hari,” katanya menurut portal Malaysia Gazette.
-SINR HARIAN