Pemetaan Indeks Harga Rumah Mampu Milik

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membangunkan pemetaan Indeks Harga Rumah Mampu Milik.

-Advertisement-

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pemetaan itu panduan mengenai harga rumah mampu milik di seluruh negara.

“Saya berharap lebih banyak kediaman mampu milik dapat disediakan oleh pemaju perumahan yang menepati had pendapatan Keluarga Malaysia berdasarkan lokaliti.

“Menjadi harapan saya supaya lebih banyak program bersifat pendidikan diperhebat seperti Kempen Bijak Beli Rumah dan Pemilikan Kediaman pada Usia Muda.

“Ini pastinya dapat membantu Keluarga Malaysia, khususnya pembeli rumah pertama mendapat pengetahuan memgenai pemilikan hartanah dan memudahkan mereka membeli kediaman idaman mengikut kemampuan masing-masing,” katanya.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Pemilikan Kediaman (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah 2022 di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Karnival itu bermula hari ini hingga Ahad ini Pusat Pameran Mid Valley di sini.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427