KUALA LUMPUR: Skim pinjaman menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) akan ditambah baik dengan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus daripada harga rumah bernilai sehingga RM300,000, kata Datuk Seri Anwar Kewangan.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan mendengar keluh-kesah rakyat berkaitan hasrat memiliki rumah pertama yang tertangguh kerana tidak mampu menyediakan deposit pembelian rumah.
“Kerajaan menambah baik skim pinjaman di bawah SJKP dengan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus daripada harga rumah bernilai sehingga RM300,000.
“Jaminan 120 peratus akan membolehkan semua kos pemilikan rumah ditampung menerusi pinjaman, termasuk jumlah pembiayaan pokok, yuran guaman, yuran penilaian dan insurans serta pembelian perabot dan kos ubah suai.
“Sehubungan itu, jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion akan disediakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.
– BH