Pelitup muka, penjarakan sosial normal baharu haji

Estimate Reading Time: 2 minutes

MAKKAH: Jemaah haji hari ini memulakan ibadah haji dengan memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan sosial dalam usaha kerajaan mencegah COVID-19.

-Advertisement-

Musim Haji tahun ini, menerima bilangan jemaah paling sedikit dalam usaha Arab Saudi mencegah COVID-19.

Menunaikan Haji iaitu antara lima rukun Islam dan wajib bagi umat Islam yang mampu sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Namun, kini hanya sehingga 10,000 umat Islam berada di Tanah Suci, tahun ini yang diberi peluang menunaikan Haji, berbanding kira-kira 2.9 juta, tahun lalu umat Islam dari seluruh dunia.

Jemaah dibawa ke Masjidil Haram sebelum melakukan tawaf dengan mengelilingi Kaabah di mana tempat umat Islam dari seluruh dunia berdoa.

Mereka dibawa dalam kumpulan kecil, dengan hanya berjalan di laluan yang mempunyai tanda di lantai, iaitu sama sekali berbeza dengan situasi normal sebelum ini di mana lautan manusia mengelilingi Kaabah ketika musim Haji.

Petugas meletakkan Kiswa baru, penutup pelindung yang menyelimuti Ka'bah, yang diperbuat dari sutera hitam dan benang emas dan disulam dengan ayat-ayat Al-Quran, di kota suci Arab Saudi, Mekah. - Foto AFP
Petugas meletakkan Kiswa baru, penutup pelindung yang menyelimuti Ka’bah, yang diperbuat dari sutera hitam dan benang emas dan disulam dengan ayat-ayat Al-Quran, di kota suci Arab Saudi, Mekah. – Foto AFP
Petugas meletakkan Kiswa baru, penutup pelindung yang menyelimuti Ka'bah, yang diperbuat dari sutera hitam dan benang emas dan disulam dengan ayat-ayat Al-Quran, di kota suci Arab Saudi, Mekah. - Foto AFP
Petugas meletakkan Kiswa baru, penutup pelindung yang menyelimuti Ka’bah, yang diperbuat dari sutera hitam dan benang emas dan disulam dengan ayat-ayat Al-Quran, di kota suci Arab Saudi, Mekah. – Foto AFP

Umat Islam yang memperoleh peluang keemasan itu ternyata melahirkan kegembiraan dan kesyukuran dengan perasaan tidak terperi.

Salah seorang jemaah, Juruelektrik dari Mesir, Mohamed Ibrahim, 43, berkata suasana itu bagaikan mimpi.

-Advertisement-

“Ia perasaan yang tidak dapat digambarkan dan umpama mimpi, ” kata bapa kepada tiga anak itu yang tinggal di Madinah ketika dihubungi AFP sebelum memasuki tanah suci itu.

Komander keselamatan memberitahu media bahawa tawaf yang diwajibkan umat Islam mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan itu berjaya disempurnakan dalam masa singkat.

Jemaah kemudiannya akan bergerak ke Mina, iaitu sebuah daerah di Makkah di mana mereka akan bermalam, di situ iaitu sebuah lembah dikelilingi oleh gunung berbatu yang diubah setiap tahun menjadi perkemahan besar untuk umat Islam.

Jemaah yang semuanya diwajibkan menjalani ujian COVID-19, diminta memakai pelitup muka, selain mengamalkan penjarakan sosial dalam menunaikan kewajipan itu dalam masa lima hari di tanah suci Makkah dan sekitarnya.

Mereka juga diberikan ihram yang diperbuat daripada bahan tahan bakteria.

Jemaah yang dipanggil untuk musim Haji kali ini harus menjalankan pemeriksaan suhu dan dikuarantin ketika mereka mula memasuki Makkah pada hujung minggu.

Media tempatan menunjukkan pekerja kesihatan membersihkan beg dibawa jemaah dengan sebahagiannya dilaporkan diberi gelang elektronik untuk membolehkan pihak berkuasa memantau kedudukan mereka.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini menyatakan bahawa hanya kira-kira 1,000 jemaah yang tinggal di situ diberikan kebenaran menunaikan Haji namun media tempatan melaporkan sehingga 10,000 dibenarkan menyertai musim Haji kali ini.

Mereka juga akan dikuarantin selepas selesai menunaikan ibadat Haji ini.

Menurut Kementerian Haji, mereka juga diberikan kit kelengkapan yang lengkap membabitkan batu kecil yang sudah disterilkan. – APF


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427