Pelabur asing lonjak dagangan Bursa Malaysia

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih meskipun sentimen pasaran serantau masih dalam mod berhati-hati, mendorong Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan pada sesi pembukaan pagi ini.

-Advertisement-

Pada 9.18 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.09 mata kepada 1,522.87 daripada 1,518.78 pada penutup Selasa.

Ketika dibuka untuk urus niaga, indeks utama itu naik 0.77 mata untuk mencatatkan paras 1,519.55.

Pergerakan harga di pasaran secaran keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi 193 berbalas 167 manakala 257 kaunter tidak berubah, 1,662 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan yang direkodkan adalah sebanyak 324.99 juta unit bernilai RM163.13 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, FBM KLCI semalam mencatatkan penembusan kukuh, terutamanya didorong oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi telekomunikasi selain aliran masuk dana asing yang sihat mencatatkan belian asing bersih selama lima hari berjumlah RM719.8 juta.

“Walaupun pasaran global mungkin memantau rapat situasi inflasi UK untuk mengukur risiko kemelesetan global, kami percaya bursa tempatan akan kekal positif terutama pada musim pendapatan akan datang memandangkan sempadan antarabangsa telah dibenarkan pada April.

-Advertisement-

“Bagi komoditi, kedua-dua minyak mentah dan minyak sawit mentah (MSM) berada dalam aliran rendah, dengan minyak mentah pada sekitar AS$92 setong dan MSM pula berlegar sedikit di atas paras RM4,100 satu tan,” katanya dalam nota hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok 1.0 sen kepada RM8.98, Public Bank meningkat 2.0 sen kepada RM4.67, Petronas Chemicals menambah 9.0 sen kepada RM8.84 manakala IHH Healthcare dan CIMB tidak berubah, masing-masing pada RM6.49 dan RM5.45.

Bagi saham aktif, Hartalega susut 11 sen kepada RM1.66, Serba Dinamik lemah setengah sen menjadi 9.0 sen manakala TWL Holdings dan Borneo Oil tidak berubah, masing-masing pada 6.0 sen dan 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meraih 19.95 mata kepada 10,769.48, Indeks FBMT 100 mengembang 19.41 mata kepada 10,517.57 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 22.65 mata kepada 10,924.56.

Sementara itu, FBM 70 susut 12.09 mata menjadi 12,768.74 dan FBM ACE naik 1.16 mata kepada 4,969.44.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 21.02 mata kepada 16,832.36, Indeks Perladangan menokok 29.28 mata kepada 7,288, Indeks Tenaga susut 3.35 mata kepada 654.16, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian memperoleh 0.84 mata kepada 184.72.

-BERNAMA -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427