Pejabat kesihatan arah SK Bangsar tutup selepas 2 pelajar positif Covid-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil memaklumkan Pejabat Kesihatan Lembah Pantai mengarahkan SK Bangsar ditutup bermula hari ini hingga 16 Oktober.

-Advertisement-

Katanya, ia bagi tujuan sanitasi dan saringan Covid-19, susulan 2 murid sekolah itu disahkan positif Covid-19.

“Saya terima info dari persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan guru besar SK Bangsar Pejabat Kesihatan Lembah Pantai sudah mengarahkan SK Bangsar ditutup dari hari ini hingga 16 Oktober untuk sanitasi dan saringan Covid-19.

“Saya doakan semua pelajar, ibu bapa dan guru SK Bangsar sihat dan selamat,” katanya di Twitter hari ini

-Advertisement-

Terdahulu Berita Harian melaporkan ibu bapa murid sekolah itu tidak menghantar anak ke sesi pagi persekolahan, berikutan kebimbangan terhadap Covid-19.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Mohd Yazid Mohd Yasin berkata, pihak pentadbiran sekolah hari ini melaporkan 100% atau hampir 800 murid pada sesi pagi tidak hadir ke sekolah.

Menurut Yazid, hanya kakitangan pentadbiran dan guru sahaja yang hadir.

Katanya, guru turut diwajibkan menjalani ujian calitan sejak semalam.-FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427