PARLIMEN: Banduan akan divaksin COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin COVID-19 untuk banduan akan dilaksanakan secara berkala dan tindakan lanjut sedang dilaksanakan.

-Advertisement-

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa memastikan anggota dan keluarga mereka serta banduan sentiasa dilindungi termasuk diberikan vaksin.

Katanya, ketika ini, kumulatif kakitangan dan keluarga mereka serta banduan yang dijangkiti COVID-19 di seluruh negara adalah 51,123 termasuk sembilan bayi yang baru dilahirkan.

-Advertisement-

“Jabatan Penjara Malaysia sudah mengambil beberapa tindakan bagi mengurangkan kesesakan dan tindakan berkenaan turut berkaitan dengan langkah mengurangkan penularan wabak COVID-19 di seluruh institusi penjara,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai usaha memberi vaksin dalam kalangan banduan di penjara di negara ini. -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427