NOTTINGHAM: Newcastle United menewaskan pesaing Liga Perdana Inggeris, Nottingham Forest 4-3 menerusi sepakan penalti dalam aksi Piala Liga selepas terikat 1-1.
Dua lagi pasukan di liga tertinggi Inggeris, Ipswich Town dan Bournemouth tersingkir daripada saingan berkenaan.
Pasukan divisyen empat, AFC Wimbledon mengejutkan Ipswich 4-2 menerusi sepakan penalti selepas terikat 2-2. Mereka akan bertemu Newcastle di pusingan ketiga.
Bournemouth tewas 1-0 kepada pesaing Liga Perdana Inggeris, West Ham United hasil jaringan minit ke-88 Jarrod Bowen di Stadium London.
West Ham akan bertemu Liverpool di Anfield, manakala juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City akan berdepan Watford dan Arsenal menentang Bolton Wanderers di Emirates.
Manchester United melayan kunjungan Barnsley di Old Trafford, Tottenham Hotspur bertandang ke laman Coventry dan naib juara Piala Liga musim lalu, Chelsea bertemu Barrow.
-REUTERS
-BeritaHarian