Neelofa, suami tiba di mahkamah

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN: Usahawan dan selebriti tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) tiba di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira jam 8.50 pagi.

Mereka dijangka didakwa atas dua pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, dilaporkan berkata, pertuduhan ke atas pasangan terbabit akan dijalankan selepas kertas siasatan kes perlanggaran SOP PKPB membabitkan kedua-duanya dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Katanya, kedua-duanya akan dituduh mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464