Nasib DUN Pulau Pinang ditentukan hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

SUNGAI BULOH, 15 OKTOBER 2022 (The Capital Post): Ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan menentukan hari ini, jika Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya negeri, serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

-Advertisement-

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, berkata semua pemimpin tertinggi PKR, DAP da AMANAH akan bertemu di Kuala Lumpur pagi ini untuk merungkai beberapa isu sebelum memutuskan permintaan DAP Pulau Pinang untuk membubarkan DUN.

Katanya, keputusan awal PH tidak mahu membubarkan DUN di bawah pentadbiran PH, namun bagi Pulau Pinang cadangan itu akan dinilai semula.

“Kita akan bermesyuarat lagi dengan semua kepimpinan tertinggi. Dalam hal ini, ada pelbagai pandangan yang menyebabkan keputusan lambat diperoleh.

“Biasalah macam kita kata PAS nak bersama UMNO. Keputusan itu baru dibuat kelmarin, namun UMNO tidak ‘kelapaq’ (tak berminat) sehingga kemudian barulah PAS memilih untuk bersama BERSATU kerana keputusannya sebegitu,” katanya. Terdahulu, Mohamad melancarkan Sukaralewan Love Penang sempena PRU-15 malam tadi.

-Advertisement-

Media melaporkan pembubaran DUN Pulau Pinang masih lagi menjadi ‘teka-teki’ kerana kini belum ada pengumuman berhubung keputusan itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, DAP Pulau Pulau Pinang sudah mencuba sedaya upaya dalam mengemuka hujah terbaik untuk membubarkan DUN. Pulau Pinang mahu membubarkan DUN kerana tidak mahu orang ramai mengundi dua kali, selain ingin memudahkan logistik.

-BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427