Muktamad penggabungan lonjak saham Axiata, Digi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Harga saham Axiata Group Bhd dan Digi.Com Bhd, masing-masing meningkat 2.08 peratus dan 1.01 peratus pagi ini berikutan perjanjian definitif yang ditandatangani untuk menggabungkan operasi mudah alih mereka di Malaysia dalam transaksi telekomunikasi terbesar di negara ini.

-Advertisement-

Pada 9.51 pagi, Digi naik sembilan sen kepada RM4.41 dengan 1.1 juta saham bertukar tangan manakala Axiata meningkat empat sen kepada RM4.02 dengan 402,100 saham diniagakan.

Kedua-dua saham terbabit adalah antara tiga kaunter untung utama yang terbesar dalam 30 konstituen indeks di Bursa Malaysia pagi ini.

-Advertisement-

Penggabungan Celcom Axiata Bhd dan Digi, dirujuk sebagai syarikat gabungan, akan memberikan perkhidmatan dianggarkan kepada 19 juta pelanggan dengan pendapatan RM12.4 bilion.

Axiata Group dan syarikat induk Digi, Telenor akan menjadi rakan niaga setara dengan masing-masing menguasai 33.1 peratus pegangan dalam syarikat berkenaan yang akan terus disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Bhd.

Disasarkan menjadi antara lima syarikat terbesar disenaraikan di Bursa Malaysia dari segi pemodalan pasaran, syarikat gabungan itu dinilai pada nilai ekuiti pra-sinergi gabungan mencecah hampir RM50 bilion, selepas mengambil kira terbitan saham biasa baharu dalam Digi.-BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427