MTEN setuju wujudkan pangkalan pusat maklumat sosioekonomi isi rumah – Anwar

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersetuju mewujudkan Pangkalan Data Utama (PADU) sebagai pangkalan pusat maklumat sosioekonomi isi rumah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-Advertisement-

Perdana Menteri berkata, PADU akan menggabungkan seberapa banyak maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah akan untuk membantu kerajaan menyasarkan subsidi dan bantuan dengan lebih berkesan.

“Kita bincang keperluan mempunyai data yang lengkap kerana ini soal ekonomi digital yang menentukan hala tuju dan masa depan negara.

“Kita ada keperluan, kekuatan tetapi kita tahu ada kekurangan. Jadi kita ambil keputusan menyediakan dan meletakkan data pembentukan Pangkalan Data Utama atau PADU,” katanya.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat MTEN di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

– Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373