MSU terima anugerah TVET

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Management and Science University (MSU) menerima anugerah Universiti Malaysia Terbaik (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional – TVET) bersempena anugerah Malaysia Education dan TVET 2023.

-Advertisement-

MSU dalam satu kenyataan berkata, pengiktirafan ini menyerlahkan komitmen MSU sebagai institusi pendidikan tinggi yang mempelopori pendidikan berteraskan TVET di Malaysia dan global.

“Pelaksanaan pelbagai strategi inovatif dengan memberikan penekanan khusus kepada elemen TVET merentasi silibus pelbagai program pengajian memperkasa lagi aspirasi ini.

“Kejayaan ini juga rantaian daripada pengiktirafan Accreditation Services for International Schools, Colleges and Universities (ASIC) berpengkalan di United Kingdom (UK) apabila MSU menerima anugerah sebagai Model Universiti Global TVET dan Outstanding Leadership in International TVET Education pada 2018,” katanya.

-Advertisement-

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Mohd Yunus Sakmud kepada Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dalam majlis di Kuala Lumpur.

Turut hadir sama Pengerusi Koperasi Pendidikan Swasta Malaysia Berhad, Datuk R Rajendran dan Editor Pengurusan Education + TVET Asia, Lee Seng Chee.

Pemenang dinilai berdasarkan kriteria seperti kepimpinan, produktiviti, inovatif, kelestarian, kecemerlangan jenama, kecemerlangan perkhidmatan dan produk, serta kecemerlangan start-up baru.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427