Meta keluarkan model baru AI tingkat pengalaman dalam Metaverse

Estimate Reading Time: < 1 minute

WASHINGTON : Meta pada Khamis mengumumkan model kecerdasan buatan (AI) baru dipanggil Meta Motivo, yang boleh mengawal pergerakan ejen digital seperti manusia, dengan potensi untuk meningkatkan pengalaman Metaverse.

-Advertisement-

Syarikat itu sudah melabur puluhan bilion dolar dalam AI, pengenalan teknologi Metaverse lain, akan memacu perbelanjaan modalnya untuk 2024, mencapai rekod tertinggi antara AS$37 bilion (RM164 bilion) dan AS$40 billion (RM177 bilion).

Meta sudah mengeluarkan banyak model AI untuk kegunaan percuma pembangun platformnya, percaya pendekatan terbuka itu boleh memberi manfaat kepada perniagaannya dengan memupuk penciptaan alat yang lebih baik untuk perkhidmatannya.

-Advertisement-

“Kami percaya penyelidikan ini boleh membuka jalan kepada ejen yang dijelmakan dalam Metaverse, yang membawa kepada NPC (watak yang tidak boleh dimainkan) lebih jelas, pendemokrasian watak animasi dan pengalaman baru yang mengasyikkan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427