Menteri Pengangkutan Taiwan letak jawatan susulan kemalangan kereta api

Estimate Reading Time: < 1 minute

TAIPEI: Kerajaan Taiwan hari ini menyatakan telah menerima peletakan jawatan menteri pengangkutannya susulan kemalangan kereta api awal bulan ini yang mengorbankan 49 orang, kemalangan maut paling buruk di kepulauan itu dalam beberapa dekad.

-Advertisement-

Kemalangan pada 2 April disebabkan oleh trak penyelenggaraan kereta api yang terbabas di tebing dan ke landasan beberapa saat sebelum kereta api berkelajuan tinggi melintas. Kemalangan itu menyebabkan lebih 200 orang cedera, Taiwan berkabung.

Menteri Pengangkutan, Lin Chia-lung, menawarkan peletakan jawatannya sehari selepas kemalangan itu tetapi kerajaan tidak menerimanya, dengan menyatakan beliau perlu menumpukan perhatian pada usaha menyelamat dan penyelidikan selanjutnya.

Namun, ia berubah hari ini dengan Perdana Menteri, Su Tseng-chang, setuju untuk membiarkan Chia-lung mengundurkan diri. “Perdana menteri meluluskan pengunduran dirinya semalam yang akan berkuatkuasa pada 20 April,” kata jurucakap kabinet, Lo Ping-cheng kepada wartawan.

-Advertisement-

Upacara peringatan bagi mereka yang terbunuh dalam nahas itu diadakan di Taipei hari ini dan Chia-lung adalah antara pegawai yang hadir.

Pihak berkuasa memberikan jumlah kematian yang berbeza pada hari-hari selepas nahas itu – sebahagiannya kerana banyak bahagian badan harus dikenal pasti – tetapi awal minggu ini mereka menetapkan jumlah itu adalah 49 dan menyatakan semua mangsa kini sudah diambilkira.

Seorang warganegara Perancis dan dua orang Amerika adalah antara mereka yang terbunuh.Pemandu trak penyelenggaraan telah ditahan.

Pendakwa sedang berusaha untuk menentukan sama ada pemandu gagal menarik brek letak kenderaan atau jika trak mengalami kerosakan mekanikal.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427