ROMPIN: Pencarian dua beradik yang hilang di Sungai Rekoh, di sini, berakhir apabila mayat mereka berjaya ditemukan di dua lokasi berasingan hari ini.
Mayat pertama, Dhenis Maulida Putri Masari, 7, ditemukan penduduk kampung kira-kira pukul 8 malam semalam pada jarak hampir 100 meter dari lokasi dia terjatuh.
Mayat adiknya, Putri Rama Dhania Azahra, 3, pula ditemukan terapung kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan kakaknya kira-kira pukul 7.30 pagi hari ini.
Pemangku Ketua Polis daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd. Isa Bidin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah, di sini, untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian pada Rabu lalu, dua beradik terbabit terjatuh ke dalam sungai selepas motosikal ditunggang ibunya terbalik ketika melalui jambatan gantung di lokasi berkenaan. –UTUSAN