Mangsa banjir di Sarawak kekal 325

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUCHING : Banjir di Sarawak hampir pulih sepenuhnya dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi, pagi ini.

-Advertisement-

Setakat jam 8 pagi tadi, PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh di Serian masih menempatkan seramai 325 mangsa daripada 93 keluarga.

Banjir di Sarawak bermula pada 12 Januari lalu akibat pertembungan hujan lebat dengan fenomena air pasang besar.

-Advertisement-

Jumlah tertinggi mangsa banjir yang ditempatkan di PPS dicatatkan pada jam 5 petang 15 Januari lalu apabila mencecah seramai 4,413 orang daripada 1,171 keluarga.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427