Man United dijangka umum nasib Greenwood hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANCHESTER: Manchester United dijangka akan mengeluarkan kenyataan berkaitan Mason Greenwood hari ini selepas membuat pusingan U berkenaan masa depan penyerang itu.

-Advertisement-

Selasa lalu, United dalam persediaan untuk mengumumkan kepulangan Greenwood ke dalam skuad.

Namun selepas mendapat bantahan peminat, United pada keesokan harinya, mendakwa belum ada keputusan dibuat berkaitan Greenwood.

Ketua eksekutif United, Richard Arnold sebelum ini membuat rakaman video bagi menjelaskan rancangannya untuk memasukkan kembali Greenwood ke dalam skuad.

Tetapi selepas berita itu tersebar, United dikecam hebat peminat-peminat di media sosial.

-Advertisement-

Arnold dan lembaga pengarah United kini percaya, tiada ruang buat penyerang 21 tahun itu untuk kembali.

Pemain kelahiran Bradford itu ditangkap pada Januari 2022 atas tuduhan merogol dan serangan seksual. Dia digantung serta-merta namun dakwaan ke atasnya digugurkan enam bulan lalu.

– AGENSI

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427