Malaysia, Singapura senada desak gencatan senjata di Gaza

Estimate Reading Time: < 1 minute

SINGAPURA: Malaysia terus menggesa gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza dan mendesak rejim Zionis menghentikan serangan ke atas orang awam.

-Advertisement-

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia dan Singapura mempunyai pendirian sama dengan menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya gencatan senjata segera dilaksanakan di wilayah bergolak.

“Malaysia mempunyai pendirian lebih tegas dalam isu Palestin, paling utama adalah keamanan di wilayah bergolak dengan pembunuhan kepada orang awam terutama kanak-kanak dan wanita perlu dihentikan segera.

-Advertisement-

“Saya sudah bertemu beberapa pemimpin Islam dan negara Arab utama bagi menyatakan pendirian Malaysia supaya penyelesaian secara aman dapat dicapai, selain bantuan kemanusiaan dapat disalur segera kepada rakyat Palestin terjejas,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, sempena Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10, di Istana di sini, hari ini.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427