KUALA LUMPUR: Keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara bukan sesuatu pertimbangan yang mudah, kata Tan Sri Muhyidin Yassin.
Perdana Menteri sebaliknya menjelaskan Malaysia kehilangan RM1 bilion sehari sepanjang PKP 3.0 ketika ini.
Selari keputusan itu, beliau berkata, kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) bernilai RM40 bilion.
“Ia sekali gus dapat meringankan beban yang ditanggung oleh individu dan perniagaan yang terkesan.
“Namun, kita tidak boleh berterusan begini. Demi kesihatan dan kelangsungan hidup kita semua, kita perlu segera keluar daripada krisis ini,” ketika menyampaikan perutusan Pelan Pemulihan Negara, hari ini.-BH