Malaysia capai 80 peratus penduduk dewasa lengkap divaksin

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini berjaya mencapai kadar 80 peratus populasi penduduk dewasa yang lengkap menerima imunisasi COVID-19.

-Advertisement-

Berita itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu ciapan di Twitter.

“Tahniah! Malaysia mencapai 80 peratus populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang membalas ciapan berkenaan memaklumkan pihaknya kini sedang menjejaki 20 peratus lagi golongan dewasa yang belum atau enggan divaksinasi.

-Advertisement-

“Pada jam 1300hrs (1 petang) hari ini, Malaysia sudah mencapai sasaran 80 peratus penduduk dewasa lengkap divaksinasi.

“Walaupun sasaran awal adalah 80 peratus populasi dewasa, sekarang @JKJAVMY (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19) akan berusaha untuk menjejaki 20 peratus lagi yang belum atau enggan divaksinasi,” katanya.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427