Malaysia berjaya merangkul dua gelaran pada saingan Terbuka Remaja Jerman

Estimate Reading Time: < 1 minute
KUALA LUMPUR: Aura Datuk Misbun Sidek sudah mula meresap dalam barisan pemain remaja negara apabila Malaysia berjaya merangkul dua gelaran pada saingan Terbuka Remaja Jerman, awal pagi tadi.

-Advertisement-

-Advertisement-

Sentuhan Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan itu mencetuskan impak tersendiri apabila menyaksikan kejayaan perseorangan lelaki, Kok Jing Hong menewaskan wakil Indonesia, Alvi Wijaya Chairullah 21-15, 21-15 dalam aksi final.

Beregu lelaki turut cemerlang apabila gandingan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri muncul juara apabila menewaskan pasangan Indonesia, Muhammad Rayhan Nur Fadillah-Rahmat Hidayat dari Indonesia 13-21,21-18,21-16.

Misbun nyata gembira dengan pencapaian anak buahnya itu.

“Syukur alhamdulillah dapat melihat kejayaan Kok Jing Hong dan pasangan Arif Junaidi-Muhammad Haikal muncul juara Terbuka Remaja Jerman German selepas masing-masing menewaskan wakil Indonesia.

“Saya beranggapan ia adalah satu permulaan dan mereka harus kekal fokus bagi berdepan kejohanan akan datang,” katanya di Instagram miliknya.

Ini kejayaan pertama Misbun selepas dilantik menggalas tugas baru itu awal bulan lalu.

Legenda negara itu bukan lagi asing dalam mencungkil bakat pemain muda apabila pernah melatih pemain sehingga ke pentas dunia.

Antara yang pernah mendapat bimbingan Misbun adalah bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei serta pasangan adik beradik, Roslin serta Muhammad Hafiz Hashim. – Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427