Malaysia benam Indonesia 2-0

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Malaysia mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas seteru utamanya, Indonesia dalam aksi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam ini.

-Advertisement-

Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad Harimau Malaya membuka jaringan menerusi sepakan percuma melencong Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-29.

Safawi sekali lagi mengegarkan stadium menerusi jaringan pada minit ke-72 dengan melakukan rembatan kencang dari sudut kiri palang gol yang deras melepasi Muhammad Ridho ke dalam gawang skuad Garuda Merah Putih itu.

-Advertisement-

Indonesia mendapat peluang keemasan untuk mendapatkan gol apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas Mohd Farizal menjatuhkan Febri yang berjaya melakukan larian ke dalam kotak penalti pada minit ke-82, namun Mohd Farizal bertindak cemerlang untuk menyelamatkan sepakan penalti penyerang kelahiran Nigeria, Osas Marvellous.

Kali terakhir Indonesia mencatatkan kemenangan ke atas Malaysia di Stadium Nasional adalah kemenangan 4-1 pada separuh akhir saingan Piala AFF 2005, manakala Malaysia mencatatkan kemenangan 3-0 dan 2-0 dalam kempen Piala AFF 2010 dan 2012.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427