PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan maksimum 10% pekerja tertentu dibenarkan untuk berada di pejabat selama 4 jam untuk 3 hari di kawasan bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali, berkata pekerja tertentu itu merangkumi antaranya tugasan yang melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan, dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Mereka hanya dibenarkan berada di pejabat selama 4 jam – bermula 10 pagi sehingga 2 petang – untuk 3 hari seminggu.
“Majikan perlu menetapkan garis panduan bekerja dari rumah yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini. -FMT