LONDON: Juara sembilan kali Liverpool akan berdepan West Ham United di laman sendiri pada suku akhir Piala Liga Inggeris selepas The Reds menyingkirkan Bournemouth dan The Hammers membenam Arsenal pada pusingan 16 terakhir awal pagi tadi.
Undian suku akhir turut menemukan Newcastle, yang mengecewakan juara bertahan Manchester United, menentang Chelsea, manakala Everton bertarung dengan Fulham.
Satu tempat sudah pasti buat pasukan EFL pada separuh akhir apabila kelab Liga Satu (divisyen ketiga), Port Vale bertembung dengan kelab Liga Kejuaraan, Middlesbrough.
Perlawanan suku akhir akan diadakan pada minggu 18 Disember depan.
– REUTERS
-BeritaHarian