Lelaki tipu projek ubah suai kediaman lebih RM943,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan kerana didakwa menjalankan penipuan pengubahsuaian, mengakibatkan mangsa kerugian lebih AS$198,000 (RM943,231).

Memetik laporan The Straits Times, mangsa dikatakan mahu menggunakan perkhidmatan pengubahsuaian selepas suspek mendekati kediaman mangsa dengan menawarkan promosi.

Setelah mangsa melakukan pembayaran untuk mendapatkan perkhidmatan itu, suspek kemudiannya tidak dapat dihubungi.

Polis dalam satu kenyataan semalam, berkata mereka menerima beberapa laporan daripada individu yang mendakwa ditipu oleh lelaki sama.

siasatan awal mendapati, suspek mungkin terbabit lebih 20 kes di seluruh republik itu.

Suspek ditahan kelmarin dan didakwa hari ini kerana menipu. Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
– AGENSI
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464