Lelaki bunuh isteri mengandung, anak perempuan kemuka rayuan

Estimate Reading Time: < 1 minute

SINGAPURA: Seorang lelaki yang mencekik isterinya yang sedang hamil hingga mati, sebelum membunuh anak perempuannya berusia empat tahun mengemukakan rayuan untuk melepaskan diri daripada tuduhan menyebabkan dua kematian hari ini.

-Advertisement-

Bagaimanapun, panel lima juri tidak membuat sebarang keputusan, sebaliknya ia akan dilakukan kemudian.

Pada November tahun lalu, Teo Ghim Heng, 46, dijatuhi hukuman mati selepas didakwa membunuh Choong Pei Shan, 39, yang hamil enam bulan dan anak perempuan mereka di sebuah pangsapuri di Woodlands.

Tertuduh didakwa mencekik isterinya menggunakan tuala pada Januari 2017, selepas bergaduh disebabkan masalah kewangan dan mangsa menghina dengan mengelar suaminya sebagai bapa ‘tidak berguna’ di hadapan anak perempuan mereka.

Suspek kemudian terus mencekik mangsa dengan tangannya sehingga mati, sebelum meminta anak perempuannya duduk untuk diriba lalu mencekik dengan tuala sambil memberitahu ‘pergi mencari ibu’ ketika kanak-kanak itu menangis.

-Advertisement-

Beberapa hari selepas pembunuhan itu, Ghim Heng membaringkan mayat kedua-dua mangsa di atas katil dan tidur bersama mereka selama seminggu.

Beliau didakwa cuba membunuh diri dengan pelbagai cara, bagaimanapun gagal.

Dia kemudian dikatakan meletakkan mayat itu dan membakarnya, sebelum baring bersebelahan mayat terbabit.

Bagaimanapun, dia meninggalkan pangsapurinya apabila berasakan bahang api yang panas, dan didakwa menghidupkan alat pendingin hawa serta menutup tingkap bagi melambatkan proses mayat terbabit menjadi reput.

Mayat yang sudah rentung itu hanya ditemui lapan hari kemudian, pada hari pertama Tahun Baharu Cina pada 2017, apabila adik ipar tertuduh datang mengetuk pintu rumah dan terbau busuk dari tingkap.-AGENSI


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427