Lebih 95 peratus rakyat mengundi dalam PRU Singapura 2020 – ELD

Estimate Reading Time: < 1 minute

SINGAPURA: Jumlah undi pada Pilihan Raya Umum Singapura 2020 yang baru selesai ialah 2,540,359 atau 95.81 peratus daripada 2,651,435 pemilih berdaftar.

-Advertisement-

Menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura (ELD), jumlah itu termasuk undi dari luar negara.

ELD dalam kenyataan hari ini menyebut undi dari luar negara, yang berlangsung pada 10 Julai, dikira hari ini di Pusat Latihan jabatan itu.

Kenyataan itu menyebut sejumlah 4,794 pemilih berdaftar di luar negara hadir di pusat pengundian yang ditetapkan untuk mengundi.

“Ini adalah 72.97 peratus daripada jumlah pemilih berdaftar di luar negara,” menurut kenyataan itu.

-Advertisement-

Sebelum ini, ELD mengatakan terdapat sejumlah 6,570 pengundi berdaftar di luar negara dan 10 pusat pengundian telah ditetapkan di 10 bandaraya iaitu Beijing, Canberra, Dubai, Hong Kong, London, New York, San Francisco, Shanghai, Tokyo dan Washington.

Kenyataan itu juga menyebut jumlah undi itu termasuk 45,822 undi yang ditolak.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum sengit pada Jumaat apabila memenangi 83 daripada 93 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Parti itu meraih 61.24 peratus undi popular.

– BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427