PETALING JAYA: Lebih 4,000 penduduk di kawasan Anjung Teduh dekat Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah dikenakan kawalan ketat susulan peningkatan kes Covid-19.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) itu melibatkan 544 unit kediaman melibatkan 4,629 penduduk, bermula 24 Okt hingga 6 Nov.
Kawalan ketat ini bagi memudahkan pelaksanakan saringan dan kawalan pergerakan keluar masuk. -FMT